1 Mei Masih Cuti Umum Hari Pekerja 2018 – Channel W

1 Mei Masih Cuti Umum Hari Pekerja 2018

PUTRAJAYA – Cuti umum bersempena Hari Pekerja pada tahun ini kekal pada 1 Mei seperti tahun-tahun sebelumnya meskipun program sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini ditunda.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program Sambutan Hari Pekerja 2018 ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kenyataan kementerian itu dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan ekoran laporan yang memetik Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tentang kemungkinan sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan dan mungkin hanya boleh dibuat selepas ‘satu raya besar’, yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.

Hari Pekerja kebiasaannya diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti umum bagi Malaysia.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans