100,000 Peneroka Felda Bakal Terjejas Jika EU Boikot Minyak Sawit Dari Asia – Channel W

100,000 Peneroka Felda Bakal Terjejas Jika EU Boikot Minyak Sawit Dari Asia

Tindakan diskriminasi Kesatuan Eropah (EU) mahu melaksanakan sekatan terhadap produk minyak sawit dari negara Asia adalah satu bentuk penjajahan ekonomi untuk memiskinkan pekebun kecil.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata langkah diambil EU adalah satu hipokrasi dan perbuatan yang tidak ikhlas serta boleh dipersoalkan.

Shahrir berkata EU menggunakan 17 Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2015-2030 sebagai asas untuk menyekat produk minyak sawit, walhal mereka sebenarnya memperlekehkan matlamat PBB itu demi kepentingan mereka.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan membantah sekatan EU ke atas minyak sawit Negara.

Shahrir berkata, EU menggunakan pelbagai taktik dan helah untuk menyekat produk minyak sawit kononnya ia menyebabkan jerebu.

Terdahulu, Shahrir bersama hampir 2,000 peneroka dan pekebun kecil berhimpun secara aman di Menara FELDA di sini, bagi membantah keputusan EU untuk mengadakan sekatan terhadap produk minyak sawit.

Malah, mereka turut menghantar memorandum bantahan ke pejabat kedutaan EU dan 17 negara anggota kesatuan terbabit.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, memorandum itu turut mengandungi 103,078 tandatangan oleh peneroka dan pekebun kecil sebagai tanda solidariti membantah keputusan EU.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Mohd Syahrizal Mat Yusof, berkata sekiranya aktiviti memboikot produk minyak sawit dijalankan EU, seramai 112,632 peneroka FELDA dan pekebun kecil akan terjejas.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans