11street, JOCOM Perbaharui Kerjasama Sempena Tahun Baru Cina – Channel W

11street, JOCOM Perbaharui Kerjasama Sempena Tahun Baru Cina

11STREET menyasarkan peningkatan dua kali ganda jualan dalam kategori barangan runcit tahun ini didorong tambahan tawaran pelbagai jenis produk tersebut untuk menyokong trend membeli-belah yang semakin meningkat.

Ia turut dipacu kerjasama 11street dengan Just Order Conveniently On Mobile (JOCOM), platform perdagangan mudah alih M-dagang yang mengkhususkan kepada barangan runcit dalam talian (online).

Naib Presiden Perdagangannya, Bruce Lim berkata, kategori barangan runcit menjadi fokus utama 11street pada tahun ini kerana ia menunjukkan lebih 30 peratus kenaikan dalam nilai dagangan kasar (GMV) direkodkan tahun lalu, berbanding 2016.

Bruce berkata lebih ramai rakyat Malaysia dilihat mula membeli-belah barangan runcit dan barangan rumah lain secara online dan kategori ini dijangka terus berkembang pada tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Cooking Up Prosperity yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah di Subang Jaya.

Jelas beliau, kerjasama dengan JOCOM membolehkan 11street tawarkan pelbagai pilihan produk segar dan barangan beku lain sebagai persediaan Tahun Baharu Cina.

Selain itu katanya, kerjasama itu membuka saluran online untuk pembelian barangan runcit melalui 10 episod rancangan masakan Cooking Up Prosperity yang disiarkan secara strim dalam talian, setiap Selasa dan Khamis, berakhir Mac ini.

Bruce berkata, 11street menyasarkan peningkatan 20 peratus jumlah syarikat terkemuka yang akan menggunakan platform e-Dagang menjelang akhir tahun ini.

Pada masa ini, sebanyak 47 syarikat terkemuka menggunakan platform 11street, dengan 90 peratus merupakan syarikat tempatan, manakala 10 peratus lagi daripada Korea, China dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JOCOM, Joshua Sew berkata, JOCOM merancang memperluaskan perniagaan runcit onlinenya di seluruh negara menjelang suku ketiga tahun ini, termasuk pantai timur.

Pada masa ini, perkhidmatan runcit dalam talian 11street tersedia untuk pengguna di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans