Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor berkata, kesiapsiagaan polis sentiasa berada di tahap tinggi untuk bekerjasama dengan SPR.

“Kita akan mementingkan semua aspek termasuk memastikan perjalanan trafik berjalan lancar sepanjang proses penamaan calon pada Sabtu ini dan pengundian pada 4 Ogos hadapan,” kata Mazlan.

Beliau meminta supaya sepanjang tempoh PRK Sg Kandis semua pihak terlibat tidak mencetuskan sebarang pergaduhan dan menjejaskan ketenteraman.

Penggunaan dron masih dilarang.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.