13 Individu Ditahan, Tipu Institusi Kewangan RM10 Juta – Channel W

13 Individu Ditahan, Tipu Institusi Kewangan RM10 Juta

Seramai 13 individu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kerana terbabit dengan sindiket penipuan pinjaman pembiayaan bagi pembelian premis, menyebabkan institusi kewangan rugi lebih RM10 juta.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata semua tangkapan itu dibuat menerusi Op Mortage, susulan 12 laporan oleh institusi kewangan yang menjadi mangsa sindiket berkenaan dalam tempoh dua tahun, iatu 2015 dan 2016.

Katanya, hasil siasatan mendapati, modus operandi digunakan sindiket adalah dengan cara mengemukakan permohonan pinjaman pembelian premis kepada institusi kewangan tertentu, menggunakan dokumen palsu.

Sindiket juga turut memperdaya pihak bank dengan membabitkan individu yang akan menyamar sebagai pembeli dan penjual premis.

Dalam satu kenyataan, Datuk Amar Singh berkata sebanyak tujuh institusi kewangan menjadi mangsa dalam kes ini iaitu Hong Leong Bank, Public Bank, Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Affin Bank, Bank Islam, Bank Muamalat dan Maybank, membabitkan kerugian RM10.45 juta.

Amar Singh berkata, sebanyak sembilan kertas siasatan sudah dibuka bagi kes itu, dengan tiga daripada individu yang ditahan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta, esok.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dituduh dengan 14 pertuduhan, yang mana empat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan dua pertuduhan bagi kesalahan mengalih atau menyembunyikan harta mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Selain itu, suspek juga akan dituduh bagi lapan lagi kesalahan kerana menyalahgunakan harta secara tidak jujur.

Berikutan itu, beliau menasihati semua institusi kewangan supaya memperkemas serta memperketatkan prosedur pinjaman kewangan masing-masing, serta memastikan ketulenan semua dokumen yang dikemukakan.

Selain itu, institusi kewangan juga perlu memastikan harta atau aset yang dicagarkan benar-benar wujud dan didaftarkan atas nama individu yang benar-benar wujud bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan sindiket.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans