14,449,200 pemilih akan keluar mengundi esok – Channel W

14,449,200 pemilih akan keluar mengundi esok

Seramai 14,449,200 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula jam 8 pagi esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menyediakan 8,253 pusat mengundi yang mempunyai 28,115 saluran di seluruh negara.

Katanya lagi pusat mengundi akan dibuka pada masa yang sama dan tutup pada waktu yang berbeza bergantung kepada lokasi, namun akan ditutup sepenuhnya pada pukul 5 petang.

“Semua pengundi dinasihatkan membuat semakan masing-masing melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi.spr.gov.my atau sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO.KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888.

“Mereka boleh menghubungi talian 0388927018 atau semak di barung SPR di setiap pusat mengundi,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama SPR juga meminta kerjasama pengundi-pengundi supaya tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak-pihak lain kerana ia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan menimbulkan masalah pada hari pengundian.

Turut diberi penegasan kepada setiap calon bahawa pada hari mengundi itu juga tidak dibenarkan lagi sebarang aktiviti berkempen dilakukan terutamanya aktiviti merayu dan meraih undi adalah dilarang sama sekali dan merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Sepanjang tempoh pengundian, ejen-ejen pilihan raya dibenarkan berada dalam tempat mengundi (saluran) bagi memerhati proses pengundian.  Ejen-ejen pilihan raya yang bertugas pada Hari Mengundi diingatkan supaya tidak memakai pakaian yang menunjukkan lambang parti, gambar  dan nama calon yang merujuk kepada parti politik tertentu.

“Begitu juga pengundi-pengundi tidak dibenarkan memakai pakaian yang mempunyai lambang parti, gambar, nama calon apabila masuk ke pusat  mengundi kerana pada hari mengundi tidak dibenarkan sebarang bentuk kempen atau aktiviti kempen,” ujarnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans