Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu menegaskan  dalam surat bertarikh 8 Jun, 2018, firma perakaunan itu menasihatkan 1MDB supaya mengambil langkah perlu untuk mengelak daripada sebarang pergantungan atau pergantungan lanjut ke atas tiga laporan audit berkenaan.

“Menurut KPMG, mereka mencapai keputusan itu selepas menelitik laporan Ketua Audit Negara mengenai laporan 1MDB yang diklasifikasikan semula serta laporan berkaitan yang sebelum ini tidak dikemukakan oleh pengurusan lama syarikat itu,” katanya.

1MDB menegaskan jika dokumen itu diserahkan kepada juruaudit, KPMG percaya maklumat itu ‘akan memberi impak secara material kepada penyata kewangan dan laporan audit lain yang berkaitan.

“Selain itu, KPMG menasihatkan kami supaya 1MDB memaklumkan kepada pihak berkaitan mengenai status terkini mengenai laporan aduit berkenaan,” katanya