2 Pembunuh kucing bunting ditahan – Channel W

2 Pembunuh kucing bunting ditahan

Polis berjaya menahan 2 lelaki yang diburu kerana membunuh kucing bunting secara kejam kerana memasukkannya dalam mesin penggering pakaian di dobi layan di Gombak.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dua daripada tiga lelaki yang diburu ditahan awal pagi tadi.

Seorang lagi yang masih bebas masih diburu.

 

Katanya, kedua-dua suspek ditahan sekitar Gombak dan polis masih lagi memburu seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Semalam, polis mendedahkan gambar tiga suspek berkenaan yang dikehendaki kerana melakukan penganiayaan dan membunuh haiwan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Bangkai kucing berkenaan ditemui pelanggan lain pada 10.30 pagi ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan sebelum sebuah pertubuhan membela haiwan bertindak melaporkan kejadian kepada polis.

Perlakuan kejam serta tidak bertamadun mereka dirakam CCTV premis berkenaan serta tular di media sosial mendapat kecaman netizen  di negara ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans