2 pemilik Laman Facebook mohon maaf Pengerusi SPR – Channel W

2 pemilik Laman Facebook mohon maaf Pengerusi SPR

Dua pemilik laman sosial Facebook menyatakan permohonan maaf kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya – SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Ia ekoran Facebook Informaasi Malaysia Kini dan Amboi Media Network  menyebarkan maklumat tidak tepat  berkenaan Pengerusi SPR itu.

Dalam kenyataan memohon maaf berkenaan menerangkan  penyiaran video serta gambar terbabit adalah tidak beretika selain menimbulkan ancaman keselamatan terhadap Mohd. Hashim.

“Kami telah memberi peringatan kepada semua editor kami untuk sentiasa peka dan sensitif dalam setiap sumber maklumat yang kami perolehi dan artikel, video serta rancangan yang diterbitkan.

Kelmarin, laman-laman tersebut telah menyebarkan maklumat tidak benar menunjukkan video dan wajah seorang lelaki mirip Mohd. Hashim yang kononnya beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta telah mengeluarkan kenyataan kasar terhadap wartawan.

Sehubungan itu, bagi menghormati Tan Sri Mohd Hashim dan seluruh keluaganya, pengedali Facebook berkenaan memohon maaf sekali lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans