20 Maut Ribut Tropika di Madagascar – Channel W

20 Maut Ribut Tropika di Madagascar

ANTANANARIVO -Jumlah kematian akibat ribut tropika di Madagascar meningkat kepada 20 orang, manakala lebih 19,000 mangsa lagi dilaporkan terjejas.

Menurut kenyataan pejabat pengurusan bencana alam negara, ribut itu turut memaksa beberapa lebuh raya ditutup kerana dinaiki air.

Jumlah kematian sebelum ini dicatatkan pada 17 orang, manakala 15,000 lagi dilaporkan terjejas.

Ribut Eliakim melanda timur laut Semenanjung Masoala Jumaat lalu, sebelum bergerak ke arah selatan dan tidak lagi dikategorikan sebagai bahaya selepas melepasi Lautan Hindi.

Madagascar yang juga salah sebuah negara termiskin di dunia sering terdedah kepada ancaman taufan dan ribut tropika.

Pada Januari lalu, 51 nyawa terkorban akibat taufan Ava, manakala 78 orang disahkan maut apabila taufan Enawo melanda negara itu Mac tahun lalu. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans