200 Warga JPA Sertai Ikrar Bebas Rasuah – Channel W

200 Warga JPA Sertai Ikrar Bebas Rasuah

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia hari ini menyertai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kira-kira 200 warganya mengambil inisiatif menandatanganinya sebagai komitmen melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan menjauhi rasuah serta salah guna kuasa.

Lafaz ikrar bebas rasuah dipimpin Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Zainal Rahim Seman yang disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada majlis yang berlangsung di Auditorium SPRM di sini, hari ini.

Menurut kenyataan JPA, Zainal Rahim turut melancarkan buku ‘Menangani Rasuah Dalam Perolehan Kerajaan’ pada majlis itu sebagai panduan kepada warga perkhidmatan awam untuk sentiasa bersifat jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas khususnya dalam urusan perolehan.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans