28 Jun keputusan kes cerai Ziana Zain – Channel W

28 Jun keputusan kes cerai Ziana Zain

Mahkamah Rendah Syariah akan menetapkan 28 Jun ini  keputusan perceraian penyanyi Ziana Zain dan suaminya Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Ia bagi mendengar keputusan laporan jawatankuasa pendamai.

Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar memutuskan perkara itu  selepas Armin, 53, enggan melafazkan cerai terhadap Ziana Zain atau nama sebenarya Siti Roziana Zin, 50, secara baik dan bersyarat berhubung pertemuan dengan anak.

“Berdasarkan perkara tersebut, sebuah Jawatankuasa Pendamai ditubuhkan selaras mengikut Seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Dalam prosiding berkenaan, Armin menjelaskan boleh melafazkan talak namun meminta persetujuan bersama kerana belum berjumpa dengan keempat-empat anaknya sejak 2 Mac lagi.

Bagaimanpun, Ziana menegaskan beliau mendapat arahan polis dan peguam bahawa empat anaknya itu adalah saksi dan tidak boleh berjumpa dengan Armin.

“Saya hanya mengikut kata polis walaupun tidak memfailkan lagi penjagaan anak-anak,” kata Ziana.

Pada 3 April lalu, Ziana menfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.

Kemelut rumah tangga pasangan berkenaan mula diketahui umum apabila Armin didakwa kerana memukul salah seorang anaknya sehingga luka dan lebam dengan alasan untuk mengajar mengaji serta solat.

Laporan polis mengenainya dilakukan sendiri Ziana di Balai Polis Bukit Jelutong dekat sini pada 27 Februari lalu dan kemudian membawa kepada penahanan Armin 2 Mac lalu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans