Menurut, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu menahan suspek berumur antara 24 hingga 54 tahun termasuk seorang wanita berumur 42 tahun.

Tambahnya, serbuan yang dibuat oleh Ketua Balai Polis Salak Selatan bersama anggotanya turut menahan tiga anggotanya dari balai sama.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mendapatkan maklumat berkaitan penglibatan dan aktiviti yang dijalankan. Pemeriksaan di kawasan tersebut telah menemukan sebuah buah tong ais dengan 26 botol bersaiz 1.5 milimeter berisi cecair disyaki air ketum.

“Turut ditemukan adalah sebuah kotak berisi 51 botol disyaki ubat batuk jenis Cynadryl Syrup yang anggarkan berjumlah 5,000 milimeter menjadikan jumlah rampasan bernilai RM1,200,” katanya dalam satu kenyataan media.