Ketua Polis Terengganu,  Datuk Aidi Ismail menegaskan, wang tunai RM3,100 serta tiga buah telefon bimbit daripada tiga lelaki tempatan itu yang disyaki sebagai agen turut dirampas.

“Polis melakukan serbuan  pada 28 Jun, 2 Julai diikuti 4 Julai di dalam premis awam dengan nilai taruhan yang kita kesan melalui telefon yang dirampas itu melebihi RM30,000,” katanya pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Raya Polis Kontinjen Terengganu pada Isnin.

Kes itu disiasat di bawah seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953, dan mereka yang berusia dalam lingungan 30-an itu telah dibebaskan atas jaminan polis.

Menurut beliau, pihak polis sentiasa melakukan risikan dana akan mengambil tindakan dengan tegas  bagi membanteras kegiatan perjudian di negeri ini.