3 negeri selesai angkat sumpah MB dan KM – Channel W

3 negeri selesai angkat sumpah MB dan KM

Perkembangan di beberapa negeri  pula,  Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

Majlis pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Dalam PRU-14, Ahmad Faisal menang DUN Chenderiang mengalahkan calon BN, Choy Sin Heng dan calon Pas, Nordin Hassan dengan majoriti 4,767 undi.

Beliau juga menang Parlimen Tambun mengalahkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN) dan Muhamad Zulkifli Mohamed Zakaria (PAS) dengan majoriti 5,320 undi

Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu di Istana Besar Seri Menanti, di sini hari ini.

Aminuddin, 51, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam satu istiadat yang berlangsung di Ruang Legar Istana Seri Menanti di sini pada pukul 10.40 pagi.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri dilantik sebagai Menteri Besar ke-11 selepas parti itu menang dengan majoriti mudah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Rabu lalu sekali gus berjaya membentuk kerajaan negeri.

Pada PRU-14, PH memperoleh 20 daripada 36 kerusi DUN manakala baki 16 kerusi dimenangi oleh Barisan Nasional.

Sementara itu malam tadi, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah meninggalkan kediamannya di Taman Golfview di sini, pada pukul 8 malam untuk ke Istana Negeri.

Beliau yang memakai baju Melayu hitam serba lengkap dan diiringi isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans