3 pengumuman Besar Najib – Channel W

3 pengumuman Besar Najib

Golongan muda berusia 26 tahun ke bawah akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya jika BN kembali diberi mandat sekali lagi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai janjinya kepada rakyat sebelum menjelang hari mengundi pada esok hari.

Selain itu, Najib juga menjanjikan tiada bayaran tol dikenakan pada hari Raya Aidilfitri nanti selama lima hari.

“Dua hari sebelum raya dan pada hari raya pertama hingga ketiga.

“Ini bermakna negara kita bukan negara yang bankrap seperti yang dimomokkan pembangkang,” katanya.

Untuk pengecualian cukai pula, jelas Najib lagi, ia bermula bagi tahun taksiran 2017 dan tahun-tahun berikutnya dengan serta merta.

“Ini bermakna orang muda yang bekerja yang berusia 26 tahun ke bawah, tidak kira banyak mana pendapatan mereka tidak perlu membayar cukai.

“Saya tahu orang muda memerlukan wang yang mencukupi untuk pelbagai tujuan seperti membeli kereta, sewa rumah dan memberi wang kepada ibu bapa.

“Jadi sebagai sebuah kerajaan BN begitu prihatin, maka pertama kali dalam sejarah Malaysia, mereka berusia 26 tahun ke bawah tidak perlu membayar cukai.

“Pengumuman ini bermakna cukai yang dibayar tahun sudah (lepas) pun akan dikembalikan semula kepada mereka,” katanya.

Dalam masa yang sama Najib turut mencadangkan 13 dan 14 Mei ini sebagai cuti peristiwa sekiranya BN kembali mendapat mandat.

Perdana Menteri berkata, ia sebagai menghargai penat lelah jentera PRU-14 sama ada daripada BN mahupun pembangkang dan seluruh rakyat Malaysia.

“PRU-14 jatuh antara bulan-bulan istimewa di sisi Islam dan paling hampir Ramadan bakal muncul tidak lama lagi.

“Saya harap dengan cuti dua hari berturut-turut itu semua rakyat Malaysia terutama umat Islam dapat membuat persiapan berpuasa bersama keluarga tersayang,” ujarnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans