39 Rakyat India Mati Dibunuh Militan Daesh – Channel W

39 Rakyat India Mati Dibunuh Militan Daesh

NEW DELHI -Semua 39 rakyat India yang disahkan menjadi mangsa culik di Iraq sejak 2014 sudah meninggal dunia.

Menteri Luar India, Sushma Swaraj memberitahu Parlimen, semua mangsa adalah pekerja sektor pembinaan dan mereka meninggal dunia selepas dijatuhkan hukuman mati oleh militan Daesh.

Menurut beliau, mayat rakyat India itu ditemui di dalam sebuah kubur besar di Badush, barat laut Mosul dan sudah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk pengesahan asid deosiribonukleik (DNA).

“Kami diberitahu semalam bahawa 38 contoh DNA itu mempunyai padanan dengan identiti mangsa, manakala mangsa terakhir memiliki separuh daripada padanan itu kerana tidak mempunyai ahli keluarga terdekat,” katanya.

Semua 39 mangsa berkenaan diculik pada Jun 2014 ketika militan Daesh menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq dan Mosul.

Sebahagian besar mangsa berasal daripada keluarga miskin di Punjab, utara India dan bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan di Mosul.

Kerajaan India tidak pernah menerima sebarang panggilan untuk menuntut tebusan bagi semua mangsa atau berkomunikasi dengan penculik selepas kejadian. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans