4 Dikhuatiri Maut, Helikopter Tentera AS Terhempas – Channel W

4 Dikhuatiri Maut, Helikopter Tentera AS Terhempas

CALIFORNIA – Empat anak kapal sebuah helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dikhuatiri maut selepas dilaporkan terhempas ketika satu misi latihan di selatan California, petang semalam, kata jurucakap Tentera Laut AS.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lengkap diberikan mengenai bentuk latihan yang berlangsung di gurun El Centro, California kira-kira 161 kilometer dari timur San Diego.

Menurut kenyataan Tentera Laut, helikopter yang terhempas adalah jenis Sikorsky CH-53E Super Stallion dari 3rd Marine Aircraft Wing yang berpangkalan di Stesen Tentera Udara Marine Corp di Miramar, California.

Ia adalah helikopter ‘pengangkut’ paling besar dan berat dalam angkatan tentera AS.

Difahamkan punca nahas masih dalam siasatan dan tiada maklumat lanjut diperoleh setakat ini. – Reuters.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans