4 Mei keputusan Tian Chua – Channel W

4 Mei keputusan Tian Chua

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan esok bagi keputusan permohonan bantahan awal  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menolak saman Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menuntut perisytiharan dia layak untuk bertanding dan menjadi calon kerusi Parlimen Batu P115 pada PRU-14, 9 Mei ini.

Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh Jumaat ini,  selepas pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan tersebut selesai berhujah hari ini.

Saman pemula itu difailkan oleh Tian Chua selaku pihak pemohon pada Isnin lalu dengan menamakan Pegawai Pengurusan Pilihan Raya, Anwar Mohd. Zain, 56, dan SPR sebagai responden pertama dan kedua.

Tian Chua memohon perisytiharan, dia layak menjadi calon kerusi Parlimen dalam PRU-14 mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan dan di sisi undang-undang.

28 April lalu, Tian Chua gagal untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu P115 apabila SPR mendapati dia hilang kelayakan bertanding kerana telah dihukum denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans