4 Produk Kosmetik Diarah Henti Penjualan Serta-Merta – Channel W

4 Produk Kosmetik Diarah Henti Penjualan Serta-Merta

Orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan penggunaan empat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual dan segera mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara produk yang terlibat adalah produk Ori Herbs Coffee Marketing iaitu Dnars Yellow Gold Collagen yang mengandungi merkuri.

Katanya, produk Sejagat Global Resources iaitu Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus, produk Onew Cosmetics iaitu Dnars Day Cream serta produk Arriana Rose Beauty Rersources iaitu Luffiya Night Cream 1 dan 2 pula dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk-produk kosmetik tersebut diberi amaran supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Beliau mengingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

 

p/s: Kepada pengguna yang masih meragui sebarang produk kosmetik di pasaran, boleh kemukakan aduan kepada KKM.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans