40,000 Dijangka Hadiri DSA & Natsec Asia 2018 – Channel W

40,000 Dijangka Hadiri DSA & Natsec Asia 2018

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum menghadiri acara kunjungan rasmi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018 di sini.

Johari yang diiringi Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meluangkan masa kira-kira sejam melawat sekitar ruang pameran itu.

Pameran itu menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 anggota delegasi luar negara dari 45 negara.

Pameran empat hari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dijangka menarik 40,000 pelawat itu menjadi platform kepada pengurusan tertinggi pertahanan dan keselamatan di seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea selain memberi peluang kepada penggiat industri untuk memasarkan produk masing-masing.

Majlis perasmian DSA edisi ke-16 itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam.

DSA merupakan acara dwitahunan yang diadakan sejak tahun 1988.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans