Walter : Pesalah paling tua terima hukuman suntikan maut – Channel W

Walter : Pesalah paling tua terima hukuman suntikan maut

Seorang banduan berusia 83 tahun menjadi pesalah paling tua yang disabitkan dengan kesalahan siri letupan bom pada tahun 1989 dan diberi suntikan maut semalam.

Hukuman itu  menjadikannya pesalah paling tua menjalani hukuman mati dalam zaman moden di Amerika Syarikat (AS).

Menurut pegawai penjara, Walter Moody yang diberikan suntikan maut di Pusat Pemulihan William C Holman di Atmore dan pesalah paling tua itu  tidak memberikan sebarang kata-kata akhir.

Kes berkenaan adalah hukuman mati kelapan yang dilaksanakan di AS tahun ini.

Menurut Pusat Maklumat Hukuman Mati, Moody memecah rekod John Nixon yang menjalani hukuman mati ketika berusia 77 tahun di Mississippi pada Disember 2005 sejak Mahkamah Agung negara itu mengembalikan semula hukuman mati pada tahun 1976.

Moody disabitkan dengan kesalahan melakukan letupan bom pada tahun 1989 yang membunuh Hakim Mahkamah Sirkit AS, Robert Vance, 58 dan satu lagi letupan berasingan sehingga meragut nyawa peguam hak asasi awam Georgia, Robert Robinson.

Pendakwa berkata, Moody menghantar bom kepada hakim berkenaan kerana berang dengan keputusan mangsa mensabitkan dia dengan letupan bom pada tahun 1972 yang dianggap menjejaskan kerjayanya manakala bom kedua dihantar kepada peguam terbabit untuk mengelirukan penyiasat.

Moody sebelum ini menghabiskan masa lebih daripada 20 tahun dalam penjara akhir mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana Mahkamah Agung sedang menimbangkan keputusan rayuan saat akhir dan kemudiannya ditolak.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans