Elak Perbalahan – Titah Sultan Selangor – Channel W

Elak Perbalahan – Titah Sultan Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah supaya rakyat sentiasa percaya dan menghormati kuasa rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak untuk mewakili mereka, selaras dengan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang diamalkan di Malaysia.

“Beta ingin mengingatkan kepada sekalian rakyat terutama di Negeri Selangor supaya jangan cuba menimbulkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan dan kekacauan ketika musim pilihan raya ini berjalan.

Titah baginda lagi, baginda mahu agar Pilihan Raya Umum Ke-14 ini dapat dijalankan dengan lancar dan di dalam keadaan yang aman tanpa sebarang kekecohan dan huru-hara di kalangan rakyat.

Baginda juga menjelaskan pihaknya dan Istana Selangor berpendirian berkecuali serta tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara ini.

Titah baginda itu dikeluarkan kepada media dalam satu kenyataan oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, pagi Jumaat.

“Beta tidak ada kaitan dengan apa juga bentuk persaingan politik dan tidak mencampuri urusan politik sama ada di peringkat negeri mahu pun negara.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans