411 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Positif Dadah Jan-Feb Tahun Ini – Channel W

411 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Positif Dadah Jan-Feb Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 411 pelajar sekolah menengah dikesan positif dadah bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah itu, sebanyak 403 kes dikesan hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan pihak sekolah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, manakala lapan kes melibatkan tangkapan oleh Polis Diraja Malaysia.

“Inisiatif yang dilakukan kementerian adalah di sekitar kawasan sekolah dan kebanyakan kes yang melibatkan dadah pula sama ada mengambil atau mencuba dadah adalah di kawasan di luar sekolah.

“Kita mengenalpasti golongan pelajar yang berisiko tinggi dan bekerjasama dengan AADK supaya melakukan ujian saringan air kencing, jika didapati positif kita akan menjalankan program pemulihan dengan AADK selama sebulan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Azeez ingin tahu mengenai langkah-langkah yang telah diambil kerajaan bagi membasmi gejala penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans