16 cuba heret UMNO ke mahkamah dipecat – Channel W

16 cuba heret UMNO ke mahkamah dipecat

 

16 ahli UMNO  yang memfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam dipecat berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya, keputusan itu dibuat mengikut Fasal 20.7 perlembagaan UMNO iaitu ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah boleh  hilang keahlian secara automatik.

“Pemecatan turut dibuat mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang tidak membenarkan apa juga perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah,” kata beliau ditemui media di Putrajaya hari ini.

Beliau percaya pembangkang adalah dalang disebalik perkara itu.

Tengku Adnan berkata, pihaknya bertindak mengikut peraturan dan meminta penangguhan pemilihan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang memberi kelulusan mengenainya.

“Kalau tiada kelulusan, kita terpaksa lakukanlah pemilihan,” katanya.

Semalam, 16 ahli parti keramat Melayu memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan selepas kali terakhir diadakan pada 2013.

KUmpulan terbabit mendakwa kelulusan RoS untuk UMNO menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar perlembagaan parti itu.

Pada 5 Mac lalu, ROS dalam kenyataan mengesahkan permohonan penangguh pemilihan peringkat Majlis Tertinggi untuk 2017 diluluskan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans