Ejen negara luar dipercayai bunuh Dr Fadi – Zahid – Channel W

Ejen negara luar dipercayai bunuh Dr Fadi – Zahid

Malaysia mengesyaki pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Dr Fadi M R Albatsh, dilakukan mereka yang ada kaitan dengan ejen perisikan sebuah negara yang bermusuhan dengan Palestin, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia kerana siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan dua lelaki berkulit putih yang menaiki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW 1100 kuasa kuda .

Beliau berkata, siasatan polis membabitkan pelbagai aspek termasuk mendapatkan bantuan polis antarabangsa (INTERPOL), polis ASEAN (ASEANAPOL) dan agensi perisikan asing.

“Saya turut berdukacita terhadap kematian Fadi yang berdasarkan maklumat Polis Bukit Aman adalah rakyat Palestin dan mangsa sudah 10 tahun menetap di Malaysia dan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik serta roket,” tambah Zahid

“Kematian beliau mungkin ada kaitan dengan perisikan dari negara luar yang mengesyaki Fadi mempunyai saham daripada sumbangan melatih pelajar UniKL (dalam membuat roket) atau menjadi liabiliti dengan sebuah negara bermusuhan dengan Palestin,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bangunan GiatMARA Bagan Datuk, semalam.

Fadi yang juga imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, semalam.

Beliau dipercayai sedang berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Siasatan awal polis mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan.

Setelah siasatan awal dilakukan mangsa terkena  empat kesan tembakan  pada badannya.

Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

Beberapa penuntut yang mengenali rapat dengan mangsa turut memberitahu pensyarah mereka seorang yang mempunyai keperibadian baik dan disenangi para pelajarnya.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans