Petugas PRU14 perlu diinsurankan – Lee Lam Thye – Channel W

Petugas PRU14 perlu diinsurankan – Lee Lam Thye

Pihak majikan termasuk parti politik perlu memastikan petugas pilihanraya mereka sentiasa selamat serta mendapat perlindungan insurans ketika bekerja, kata Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata ia merupakan tanggungjawab para majikan untuk memastikan pekerja mereka sentiasa selamat ketika bertugas sepanjang kempen Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14).

Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Gamuda Engineering Datuk Mohammad Imran Ismail baju T berkolar merah dan memalam vest) di program “Safety at School” di SK Pulau Meranti, Puchong.

“Bagi pekerja Suruhanajaya Pilihanraya (SPR) dan agensi kerajaan lain, saya percaya mereka mendapat perlindungan sewajarnya.
“Namun petugas parti politik termasuk yang memasang bendera parti, keselamatan mereka selalunya diabaikan,” katanya selepas merasmikan program Keselamatan di Sekolah (Safety at School) anjuran Gamuda Berhad di Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pembangunan Perniagaan Gamuda Engineering Datuk Mohammad Imran Ismail, Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Selangor Sharifudin Che Omar, Yang Dipertua PIBG SK Pulau Meranti Datuk Hasnan Abdullah dan Ketua Jabatan QSHE Gamuda Andy Lee Choon Fooh.
Lee mengulas kejadian di Muar awal pagi Ahad, apabila tindakan sekumpulan 10 lelaki memasang bendera parti politik berhampiran dengan talian elektrik bervoltan tinggi di Kampung Parit Yusof, membawa padah apabila empat daripada mereka terkena renjatan elektrik.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi  itu, kumpulan lelaki berkenaan dikatakan cuba memacak buluh untuk dipasang dengan bendera parti politik.
Lee berkata petugas pilihanraya, termasuk mereka yang bekerja secara sambilan untuk agensi terbabit dan parti politik, juga perlu memastikan keselamatan mereka sepanjang bertugas.
Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak majikan dan pekerja untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.
Mengenai program keselamatan di sekolah, Lee berkata  syarikat-syarikat besa yang terlibat dalam projek pembangunan infrastruktur  perlu memainkan peranan yang lebih efektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan keselamatan yang baik.
Beliau berkata pihak swasta juga perlu membantu menyemai budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di peringkat sekolah.
“Pihak swasta harus mengambil bahagian dalam program KKP di sekolah kerana ia dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan.
 “Syarikat-syarikat sebegini boleh berkongsi pengalaman kerana mereka mempunyai standard yang tinggi dalam aspek pengurusan KKP yang baik,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans