PRU14: Masih Ramai Tidak Dipilih – Pemerhati Politik – Channel W

PRU14: Masih Ramai Tidak Dipilih – Pemerhati Politik

SENARAI calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kebanyakkan negeri sudah diumumkan dan hanya hari ini Perlis dan Pahang selesai mengumumkan senarai nama calon.

Mengambil contoh Johor, kepimpinan negeri itu sudah pun mengumumkannya Isnin lalu.

Ia menyaksikan seramai 37 calon muka baharu daripada 82 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri DUN menjelang PRU14.

Dikerusi Parlimen, lima calon baharu selebihnya di kerusi DUN.

Maka, sudah tentu ada penyandang yang digugurkan. Rakyat kemudian dihidangkan dengan berita pemimpin tertentu merajuk dan mengundurkan diri daripada pelbagai jawatan parti dan dalam agensi kerajaan.

Dari kaca mata pemerhati politik, sebagai seorang ahli politik inilah waktunya kesetiaan mereka diuji dan waktunya untuk mereka menunjukkkan walak kepada pemimpin tertinggi dan parti.

Mungkin mereka lupa bahawa tradisi dan adat budaya sebagai seorang ahli politik seharusnya semangat berpasukan kerja sepasukan serta musyawarah itu yang didahulukan.

Kepentingan diri adalah soal yang paling akhir kerana harus mendahulukan perjuangan parti membela anak bangsa, agama dan negara.

Begitu juga dengan isu pertikaian kerusi parlimen Cameron Highlands. Akhirnya membawa kepada penarikkan diri seorang pemimpin yang berstatus Tan Sri dalam parti.

Seharusnya dengan pangkat sedemikian, sudah mampu berfikir matang dan meletakkan kepentingan parti berbanding kepenting diri sendiri.

Apa yang penting, jika keikhlasan di dalam perjuangan membela rakyat mereka benar-benar ikhlas soal perebutan siapa bertanding tidak akan berlaku,

 

Pemerhati politik.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans