PRU14: Barisan BN Perlis Siap Sedia – Channel W

PRU14: Barisan BN Perlis Siap Sedia

Barisan Nasional (BN) Perlis baru sahaja diumumkan dan menampilkan sebanyak 10 muka baharu daripada keseluruhan 18 calon yang akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Antara wajah-wajah baharu yang masuk gelanggang politik secara serius  Parlimen Kangar, kerusi DUN  Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer, Santan, Indera Kayangan, Kayang, Pauh, Guar Sanji dan Sanglang.

Manakala  yang kekal pula  dua kerusi Parlimen Arau dan Padang Besar manakala empat di DUN iaitu Tambung Tulang, Chuping, Simpang Empat dan Bintong telah bertukar tempat.

Pengumuman itu  buat kali pertama kalinya calon dalam kalangan Pemuda UMNO terpilih selain peningkatan calon Wanita UMNO kepada empat orang berbanding pada PRU-13, hanya dua orang.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan 2020 di sini, pada pukul 2.30 petang.

Yang turut hadir Timbalannya, Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar, Setiausaha BN negeri, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Bendahari BN negeri, Datuk Rozabil Abdul Rahman.

Shahidan turut  melahirkan keyakinan bahawa Perlis akan mampu  memenangi kerusi yang ditandingi termasuk merampas dua kerusi DUN Indera Kayangan yang dimenangi PKR manakala Sanglang, Pas.

Calon-calon PRU-14 Barisan Nasional (BN) Perlis

 

(P.001) Parlimen Padang Besar – Datuk Zahidi Zainul Abidin

(P.002) Parlimen Kangar – Ramli Shariff

(P.003) Arau – Datuk Seri Shahidan Kassim

 

Dewan Undangan Negeri (DUN)

(N.01) Titi Tinggi – Teh Chai Aan

(N.02) Beseri – Ruzaini Rais

(N.03) Chuping – Asmaiza Ahmad

(N.04) Mata Ayer – Siti Berenee Yahaya

(N.05) Santan – Azizan Sulaiman

(N.06) Bintong – Datuk Seri Azlan Man

(N.07) Sena – Azihani Ali

(N.08) Indera Kayangan – Chuah Tian Hee

(N.09) Kuala Perlis – Datuk Azam Rashid

(N.10) Kayang – Hamizan Hassan

(N.11) Pauh – Rozieana Ahmad

(N.12) Tambun Tulang – Datuk Ismail Kassim

(N.13) Guar Sanji – Afifi Osman

(N.14) Simpang Empat – Nurulhisham Yaakob

(N.15) Sanglang – Che Zaidi Saidin

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans