Nita, kelihatan begitu anggun mengenakan persalinan berwarna putih mengukir senyuman manis setelah selamat bergelar isteri dengan hanya sekali lafaz.

Nita menerima mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran RM10,000. Manakala pihaknya memberikan sembilan dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin lelaki.

Nita pemenang tempat kedua Malaysian Idol musim kedua mengikat tali pertunangan dengan Fareez pada 13 Ogos 2017 dan begitu bersyukur kini selamat dijabkabulkan dengan pilihan hatinya.