PRU14: Khianat UMNO bertanding sebagai calon bebas akan dipecat – Zahid – Channel W

PRU14: Khianat UMNO bertanding sebagai calon bebas akan dipecat – Zahid

 

UMNO tidak akan teragak-agak untuk memecat ahli dan pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket bebas mahu pun pembangang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu perlu bagi mengelak ahli dan ada pemimpin yang mengkhianati parti.

“Sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO, secara automatik bukan hanya yang bertanding bebas tetapi pencadang dan penyokong yang terbabit secara langsung akan dipecat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program NBOS: 1AMANWEEK 2018 Banteras Jenayah dan Perangi Dadah di Dataran Bagan Datuk, Perak hari ini.

Zahid sentiasa meraikan para media Perak yang membuat liputan di majlisnya

Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan semua parti politik yang bertanding kerana berjaya menjaga disiplin penyokong pada hari penamaan calon semalam.

“Saya harap semua parti politik akan dapat menghormati peraturan dan mengawal perasaan pengikut masing-masing,” kata Zahid.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans