Megat setia berkhidmat di Gombak sebelum dicalon PRU14 – Channel W

Megat setia berkhidmat di Gombak sebelum dicalon PRU14

Calon BN ADUN Gombak Setia Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengakui arwah bapanya adalah kekuatan buatnya sehingga ramai penduduk di kawasan tersebut mengenali dirinya.

Walaupun cara yang dibawa adalah berbeza dengan arwah bapanya namun ia tetap diterima ramai berikutan sikap Megat Zulkarnain sendiri yang mudah didekati.

“Saya tak nafikan dan saya bersyukur kerana di hujung nama saya ada nama dia. Kempen pertemuan semua orang akan tanya ini anak Megat Omardin kah? Saya kata iya. Dia adalah seorang figure yang banyak berjasa kepada negara.

“Pastinya saya berterima kasih walaupun saya berkhidmat mengikut cara saya dan pendekatan juga mengikut cara saya tapi saya tak boleh nafikan bahawa nama itu beri kekuatan pada saya,” katanya.

Tambah beliau pengaruh Zulkarnain sebagai guru silat juga memberi kelebihan buat dirinya untuk lebih dekat dengan golongan muda khususnya di Gombak Setia.

“Saya secara peribadi anak silat di Gombak ramai. Dan ia pasti beri kelebihan.ramai juga di antara mereka yang ideologi politik berbeza namun terserah kepada mereka untuk menilai yang mana terbaik untuk masa depan masing-masing.

“Anak muda ini semua lebih memanggil saya dengan gelaran Uncle Zulkarnain, jadi saya harap mereka yang banyak nak mengundi pada kali ini bila nampak nama Uncle Zulkarnain mereka akan memilih saya untuk berkhidmat kepada mereka,” ujarnya lagi.

Megat Zulkarnain pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini akan bertembung dengan dua calon lain iaitu Hilman Idham dari PKR dan Hasbullah Ridzwan dari PAS.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu Megat berkata ia bukan suatu perkara mudah untuk merampas Gombak Setia dari PAS setelah parti itu memegang kawasan itu selama dua penggal.

“Tapi saya juga telah berkhidmat sejak 10 tahun lalu. Saya juga orang tempatan di sini, tak perlu terkejar untik buat kerja hanya waktu berkempen sahaja.keberadaan saya di Gombak Setia sudah lama. Maka saya serahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan kali ini,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, ia bukan suatu perkara janggal untuk memikul tanggungjawab sebagai ADUN berikutan pengalamannya sebelum ini sebagai senator Dewan Negara.

“Pengalaman sebagai Senator adalah membawa suara rakyat, Pengalaman yang ada selama 4 tahun bantu saya bagaimana suara rakyat didengari di Dewan Negeri. Pengalaman itu akan saya gunakan sebaik mungkin apa saya utarakan sampai kepada sasaran yang tepat,” ujarnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans