5 Khasiat Limau Purut Untuk Kegunaan Seharian – Channel W

5 Khasiat Limau Purut Untuk Kegunaan Seharian

Limau purut atau nama saintifiknya, citrus hystrix ini tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Buah limau purut berbentuk bulat tetapi menggerutu dengan rasa masam dan pahit.

Daun limau purut sering menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa untuk hidangan seperti tomyam, asam pedas dan laksa. Buahnya pula sering sebagai antara bahan penting upacara mandi bunga dan mandi wap yang memberikan kesegaran.

Kini, perkembangan teknologi sedang menghasilkan minyak wangi dan haruman aromaterapi daripada pati limau purut. Wow, menarik!

Pelbagai kegunaan yang boleh digunakan limau purut antaranya:

  1. Masalah kulit kepala kering

Selain mengunakan santan dan hampas kelapa, kita juga boleh mengunakan limau purut untuk dijadikan sebagai skrub.

Cara – cara penyediaan skrub ini dengan bersihkan limau purut ini, potong sedikit limau nipis tersebut supaya lebih senang untuk dikisar. Kemudian, kisar limau perut dengan air yang sedikit dan jika anda inginkan limau tersebut pekat kisar limau purut sekejap.

Selepas itu, masukkan limau tersebut di dalam bekas dan simpan limau tersebut di dalam peti sejuk. Langkah – langkah mengunakan skrub limau purut ini dengan lumurkan skrub ini seperti anda mengunakan syampu, lakukan urutan di kulit kepala lama sedikit dan biarkan sebentar dalam 5 minit. Kemudian cuci rambut anda seperti biasa.

Limau purut jadi skrub untuk kulit kepala kering

  1. Menghilangkan bau badan

Bagi anda yang mengalami bau badan limau purut boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Cara menyediakan sangat mudah, bahan – bahan yang anda perlukan ialah daun limau purut dan limau purut.

Cara – cara penyediaannya ialah dengan hiriskan daun limau purut ini dan campurkan air perahan limau purut untuk dijadikan mandi air wap. Di samping itu juga, anda boleh gunakan air perahan limau ke seluruh badan dan biar kan selama 20 hingga 30 minit dan biarkan sehingga kering.

Selepas itu, bilas badan anda sehingga bersih. Di samping mendapat bau yang harum, sekaligus kulit anda menjadi lembut.

Air perahan limau purut bantu kurangkan bau badan

  1. Menanggalkan kesan kotoran yang degil

Baju putih sangat sukar untuk dijaga, dan apabila baju putih mengalami kotoran yang degil, pastinya sangat sukar untuk dibasuh, namun adakah anda tahu buah limau purut mampu menanggalkan kotoran degil.

Cara menyediakannya ialah dengan bahan yang ada di dapur seperti buah limau purut, kapur sirih. Basuh baju putih tersebut dengan air suam, letakkan kapur sirih tersebut di kotoran degil dan perah air limau tersebut. Sental kotoran tersebut, rendam baju tersebut selama 5 hingga 15 minit dan bilas baju dengan air suam.

Letak kapur sirih dan air perahan limau purut di tempat yang kotor pada pakaian

  1. Mengatasi masalah gigi kuning

Minum kopi dan juga merokok boleh mengakibatkan gigi kuning, pastinya anda tidak mempunyai masa untuk ke klinik pergigian untuk mengatasi masalah ini. Jangan khuatir, kerana remedi ini boleh dilakukan di rumah sahaja.

Cara penyediaannya sangat mudah, apa yang anda perlukan ialah daun limau purut dan sedikit garam. Tumbuk garam tersebut sehingga nipis dan dan campurkan daun limau tersebut. Gunakan campuran tadi sebagai ubat gigi anda. Amalkan sehingga masalah kekuningan gigi dapat diatasi.

Campuran garam dan daun limau purut kurangkan kuning gigi

  1. Pewangi semula jadi

Buah limau purut juga sering digunakan untuk menghasilkan aromaterapi dan dikatakan mampu membuang aura negatif dan menarik aura positif.

Cara menyediakan ialah dengan menghiris halus daun limau purut bersama daun pandan. Ingin lebih segar, tambahkan sedikit kelopak mawar dan renjiskan air mawar. Letakkan di dalam bilik tidur, kereta, atau dalam almari baju anda.

Limau purut mampu membuang aura negatif dan menarik aura positif

Banyak juga kebaikan daun limau purut dan buah limau purut, seperti mampu membuatkan masakan anda lebih wangi dan menaikkan selera anda.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans