5 pegawai kanan PDRM bertukar jawatan – Channel W

5 pegawai kanan PDRM bertukar jawatan

Lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertukar jawatan berkuat kuasa pada 18 Jun ini.

Pengarah Penyelaras Operasi Merangkap Penasihat Kepolisan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Zamri Yahya akan ditukarkan ke Bukit Aman bagi menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan).

  

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad memaklumkan,  Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Hussain pula bertukar sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.

Tambahnya, tugas Razarudin akan diambil alih oleh Datuk Omar Mammah.

Sementara itu, Juruiring kepada Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri pula akan bertukar ke Ketua Urus Setia, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Manakala, Juruiring kepada Timbalan Perdana Menteri, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Nasaruddin M. Nasir yang akan bertugas sebagai ACP (Kepolisan Am) Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans