5 Pelarian Rohingya Maut Hanyut Di Lautan – Channel W

5 Pelarian Rohingya Maut Hanyut Di Lautan

BANDA ACEH: Lima pelarian Rohingya yang terkandas hampir tiga minggu di tengah laut berjaya diselamatkan sekumpulan nelayan Indonesia, semalam.

Ketua Misi Mencari dan Menyelamat Aceh Timur, Abdul Musafir, berkata semua pelarian itu pada awalnya terdiri daripada 10 orang, namun lima daripadanya meninggal dunia akibat kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang di tengah laut.

Menurut beliau, operasi menyelamat itu dilakukan beberapa hari selepas sekumpulan pendatang Rohingya tiba di Malaysia.

“Kumpulan yang diselamatkan nelayan kami itu terdiri daripada dua lelaki berusia 28 dan 38 tahun, seorang wanita berusia 20 tahun, remaja perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

“Mereka dilihat berada dalam sebuah bot kecil di antara perairan Thailand dan Myanmar, kira-kira 325 kilometer dari wilayah Aceh,” katanya.

Beliau berkata, semua pelarian itu dibawa pulang ke Aceh dan tiba awal pagi tadi.

“Kumpulan berkenaan memberitahu mereka bersama 24 pendatang Rohingya yang lain tetapi terpisah di pertengahan jalan dan terkandas kira-kira 20 hari di tengah laut.

“Lima rakan mereka meninggal dunia akibat kebuluran dan mayat mereka terpaksa dibuang di tengah laut,” katanya. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans