5 Pose Yoga yang PATUT Anda Cuba! – Channel W

5 Pose Yoga yang PATUT Anda Cuba!

Pernahkah anda mencuba senaman yoga?

Yoga bukanlah senaman yang asing di negara kita. Malah, ia adalah antara senaman yang menjadi pilihan ramai wanita masa kini.

Anda tidak perlu berlari termengah-mengah seperti berjoging, dilakukan di tempat tertutup dan anda tidak segan untuk melakukannya. Terdapat banyak kebaikan melakukan yoga untuk kesihatan kita antaranya seperti menenangkan fikiran dan ia juga untuk menghilangkan segala stress yang membelenggu pada diri.

Di samping itu juga, ia mampu mengurangkan berat badan dan ianya sama seperti anda berjalan selama satu jam! Yoga juga mampu membaiki postur badan. Senaman yoga menuntut semua pergerakan otot, menjadikan lebih fleksibel dan menguatkan tulang.

Beberapa pose asas yang boleh dilakukan adalah seperti:

 

  1. Mountain Pose atau lebih dikenali Tadasan

Mountain pose adalah gerakan dasar senaman yoga untuk pemula yang dikuasai terlebih dahulu sebelum melakukan pose yang lain. Mountain pose dilakukan dengan cara berdiri tegak dengan kaki lurus rapat, pastikan berat badan bertumpu pada pijakan kaki anda.

Halakan bahu pada keadaan santai dan letakkan lengan di samping. Ambil nafas dalam-dalam dan mulai angkat tangan ke atas kepala. Posisi tapak tangan anda untuk saling berhadapan. Pastikan juga lengan lurus dengan hujung jari mengarah ke langit. Lakukan ini dalam 30 saat hingga 1 minit.

Mountain Pose

 

  1. Downward Dog atau Adho Mukha śvānāsana

Setelah menguasai mountain pose, anda harus mempelajari gerakan senaman yoga pemula bernama downward dog. Secara garis besar anda akan membuat bentuk huruf V terbalik dan menahan diri dalam posisi tersebut setidaknya selama 3 nafas penuh.

Untuk memulai gerakan tersebut mulakan merangkak dengan tangan lurus dengan bahu, posisi lutut harus berada di bawah pinggul. Gerakkan tangan beberapa inci ke depan dengan jari tangan melebar, dan tapak tangan harus diberikan tekanan pada tikar.

Rapatkan jari kaki bawah dan perlahan-lahan mendorong pinggul ke atas sehingga membentuk huruf V terbalik. Gerakkan bahu jauh dari telinga dengan kaki yang melebar selebar pinggul dan lutut sedikit di bengkuk.

Downward Dog

 

  1. Warrior Pose atau Virabhadrasana II

Senaman yoga pemula seterusnya adalah melakukan gerakan warrior. Dikatakan sebagai pose warior kerana mirip seperti latihan yang dilakukan oleh para pejuang.

Cara melakukan pose warrior ini dimulakan dengan berdiri dengan kedua kaki yang terpisah dengan jarak 1 meter. Posisikan kaki kanan di depan dengan bengkokkan kaki bersudut 90 darjah dan kaki kiri berada di belakang dengan posisi lurus.

Letakkan tangan di pinggul dan rileks-kan bahu anda, kemudian letakkan lengan ke pinggang dengan posisi tapak tangan menghadap bawah. Dengan posisi lutut kanan dibengkokkan 90 darjah supaya berat badan akan tertumpu pada lutut dan posisi wajah anda menghadap keluar atas tangan kita selama 1 minit. Setelah itu ulangi posisi tersebut dengan sisi yang berlawanan.

Warrior Pose

 

  1. Tree Pose atau Vriksasana

Gerakan senaman yang seterusnya perlu anda kuasai adalah gerakan tree pose. Gerakan ini dikatakan tree pose kerana sama seperti sebatang pokok. Untuk memulai pose ini dimulakan dengan berdiri.

Setelah berdiri tegak, mulakan dengan menekuk kaki kanan ke arah paha kaki kiri dan pastikan pinggul menghadap ke depan. Mulailah untuk menjaga keseimbangan, jika keseimbangan sudah diperoleh maka anda boleh memulakan dengan mengangkat tangan seperti posisi sedang berdoa dengan telapak tangan saling berhadapan.

Dalam kaedah pernafasan, mulakan dengan mengangkat lengan atas bahu sehingga posisi lengan lurus. Setelah itu buka telapak tangan hingga saling menghadap satu sama lain selama 30 saat.

Tree Pose

 

  1. Bridge Pose atau Setu Bandha Sarvangasana

Untuk memudahkan anda melakukan pose ini adalah dengan menggunakan bantal sebagai sandaran tulang belakang bawah anda. Bantal juga dapat menghindarkan kecederaan yang boleh berlaku jika tersalah langkah.

Untuk memulakan pose bridge ini, pertama berbaring di lantai dan posisi lutut yang bengkok diatas tumit. Posisikan tangan berada selaras dengan telapak tangan yang menghadap ke bawah. Hembuskan nafas dan tekan kaki ke lantai untuk mengangkat pinggul.

Bridge Pose

 

  1. Triangle Pose atau Trikonasana

Setelah menguasai senaman yoga bridge pose, pose seterusnya ialah triangle. Gerakan ini dapat dilakukan dengan cara membentangkan lengan ke pergelangan kaki dan mula membengkukkan kaki kanan anda keluar. Buka ruang kedua kaki dengan jarak kira-kira 1 meter.

Halakan jari kaki kanan anda menghadap ke depan 90 darjah dan kaki kiri menghadap 45 darjah. Posisikan tangan kanan menyentuh lantai atau diposisi kaki kanan, dan  tangan kiri dinaikan ke atas. Seterusnya mulakan gerakan wajah anda dengan memandang ke atas dan tahan selama 5 nafas. Ulangi posisi tersebut dengan sisi yang berlawanan.

Triangle Pose

 

Senaman yoga yang kami kongsikan ini boleh dilakukan sendiri di rumah. Semakin banyak latihan dibuat semakin banyak pose yoga yang boleh dilakukan untuk anda ke tahap intermediate atau pertengahan.

Kami akan kongsikan lagi pose yoga untuk tahap pemula pada minggu hadapan. Stay Tune!

 

 

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans