5 Wanita Tuduh James Franco Salah Laku Seksual – Channel W

5 Wanita Tuduh James Franco Salah Laku Seksual

Lima wanita secara terbuka menuduh bintang Hollywood, James Franco melakukan gangguan seksual terhadap mereka, iaitu beberapa hari selepas aktor itu meraih Anugerah Golden Globes.

Akhbar The Los Angeles Times semalam, melaporkan berita mengenai empat bekas pelajar sekolah filem yang diasaskan oleh Franco, yang menuduhnya melakukan eksploitasi dalam beberapa adegan bogel.

Foto – Los Angeles Times

Sementara, seorang lagi wanita mendakwa Franco memaksanya melakukan felatio ketika mereka bersama selama dua tahun.

Bagaimanapun, aktor berusia 39 tahun itu dan peguamnya menafikan semua tuduhan berkenaan.

Kelmarin, Franco menolak dakwaan terbabit dalam kes salah laku seksual susulan beberapa tuduhan dipaparkan di media sosial.

Beliau menyatakan sokongannya terhadap sekumpulan wanita yang tampil mendedahkan perbuatan pengarah, Harvey Weinstein.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans