6 Sekeluarga Hadapi Pertuduhan Miliki Senjata Api Dan Dadah – Channel W

6 Sekeluarga Hadapi Pertuduhan Miliki Senjata Api Dan Dadah

KOTA BHARU – Enam sekeluarga termasuk suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap tuduhan memiliki pistol, peluru dan dadah.

Semua warga Thailand, Surin Samah 31 tahun, isterinya Tuan Salmiza Nik Kechik 33 tahun, Husna Abdullah 55 tahun,  Sahtee A Wae 39 tahun, Bungsak Krempek 23 tahun, dan  A Noor Sara Toseng 19 tahun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan.

Terdahulu, di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin, tertuduh Surin berdepan dua tuduhan iaitu memiliki pistol bertulis Uzi Eagle dan 14 peluru 9 milimeter (mm) di sebuah rumah di Jalan Kampung Lancang, Ketereh pada jam 4.40 pagi, 3 Februari 2018.

Pada tarikh, waktu dan lokasi sama, Husna dan Tuan Salmiza didakwa bersama-sama Surin memiliki pistol itu.

Di mahkamah sama, Sahtee, Bungsak dan A Noor Sara didakwa dengan dua tuduhan iaitu memiliki tiga pistol dan 150 anak peluru tanpa permit disebuah rumah di Jalan MDKB, Ketereh pada jam 2.30 pagi, 3 Februari 2018.

Kesemua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, Seksyen 9 akta sama dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Di Mahkamah Majistret di depan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri dan Majistret Kamarul Hasyime Rosli, semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki methampetamine, nimetazepam dan kodein
pada tarikh dan lokasi sama.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin dan Muhamad Shahirun Azri Mohd Nordin manakala semua tertuduh diwakili peguam Mohd Hazrin Wahab.

Pada 4 Februari lalu, enam warga Thailand termasuk suami isteri ditahan bersama empat pistol, 164 peluru hidup dan komponen bom buatan sendiri dalam serbuan di dua rumah berasingan di Ketereh.

Semua yang ditahan menyewa di rumah itu sejak pertengahan tahun lalu dan masuk ke negara ini secara haram.

Pemeriksaan lanjut dalam rumah berkenaan turut menemui beberapa komponen bom buatan sendiri termasuk bateri, papan litar, mercun dan sulfur didalam bakul.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 1 April depan untuk sebutan semula kes.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans