Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang membuat pengumuman tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama calon tersebut dan meminta media menunggu pengumuman rasmi Setiausaha Agung UMNO esok.

“Nama-nama calon akan diumumkan esok oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor selepas saringan dilakukan,” kata Ab. Rauf dalam sidang media petang tadi.

Sehingga hari ini seramai tiga orang telah mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut termasuk Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Datuk Seri Ab Rauf berkata, seramai 612 orang calon menyerahkan borang pencalonan bagi bertanding pelbagai jawatan dari Jawatankuasa sayap parti sehingga Pengerusi Tetap sejak pencalonan dibuka.

Menurut beliau seramai tiga calon calon menyerahkan borang untuk bertanding jawatan Timbalan Presidan, Naib Presiden 9 dan Ahli Majlis Tertinggi 121.

Sementara seramai empat calon bertanding jawatan Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita (6), Ketua Pemuda (9), Naib Ketua Pemuda 9, Ketua Puteri 4 pencalonan.

Pertandingan kali ini djangka paling menarik kerana pencalonan dan pertandingan dibuka untuk dipertandingkan bagi semua peringkat.