7 Suspek Ditahan Jual Ular Sawa, Buaya di FB, Whatsapp – Channel W

7 Suspek Ditahan Jual Ular Sawa, Buaya di FB, Whatsapp

JAKARTA: Sekumpulan penyeludup haiwan ditahan di Indonesia kerana menjual buaya, ular sawa dan spesies dilindungi lain menerusi Facebook (FB) dan WhatsApp.

Pihak berkuasa berkata, tujuh suspek, ditahan di lokasi berasingan di ibu kota ini dan sekitarnya, minggu lalu.

Mereka membeli haiwan terbabit dengan hanya 300,000 rupiah (RM85.82) seekor sebelum menjualnya semula dalam talian pada harga dua juta rupiah hingga lima juta rupiah (RM582.53 dan RM1,456.33) seekor.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, suspek mengiklankan haiwan terbabit di Facebook atau WhatsApp dan pembeli berminat diminta bertemu untuk penyerahan haiwan itu.

Suspek didakwa mengikut Undang-undang Alam Sekitar Indonesia, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun.

Argo berkata, haiwan terbabit dibawa dari hutan Jawa dan kepulauan Sumatera.

Antara haiwan yang dirampas adalah dua ekor buaya, dua ular sawa, enam kucing hutan, dua ungka, helang dan burung hantu. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans