70 Peratus Daripada 4 Bot Musnah Dijilat Api – Channel W

70 Peratus Daripada 4 Bot Musnah Dijilat Api

KUALA PERLIS – Empat bot pukat tunda hangus dijilat api di pantai Kampung Tanah Baru di sini, awal pagi ini.

Penolong pengarah Bahagian Operasi Bomba Perlis Muhamad Firdaus Yusop berkata kebakaran itu dipercayai bermula kira-kira 1.30 pagi.

Beliau yang ditemui di tempat kejadian berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.44 pagi, tiba di lokasi lapan minit kemudian dan mengambil masa setengah jam untuk memadam kebakaran.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih disiasat, namun 70 peratus daripada empat bot tersebut musnah,” katanya.

Seramai 65 anggota dari Balai Bomba Kangar dan Kuala Perlis dikejarkan ke lokasi kejadian, sambil dibantu pasukan Bomba Sukarela Simpang Empat, Kuala Perlis, Pauh, Kodiang dan Tunjang.

Beliau berkata bomba menggunakan kaedah ‘defensive’ bagi memadam api menggunakan sumber air daripada tanker jentera serta sungai kerana air laut surut, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans