PPR Lembah Subang 1 dikuasai warga asing – Channel W

PPR Lembah Subang 1 dikuasai warga asing

Dilaporkan 70 unit kediaman di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Subang 1 dihuni warga asing.

Warga tempatan dikesan mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab itu untuk mengaut untung mencecah puluhan ribu ringgit sebulan hasil kutipan sewa secara haram.

Selain majoriti penyewa warga Bangladesh, operator warga tempatan itu turut menyewakan secara haram unit kediaman di lapan blok bangunan PPRT terbabit kepada warga Indonesia dan Pakistan.

Sumber penduduk setempat berkata, kegiatan itu sudah berlarutan sejak kira-kira 15 tahun lalu apabila beberapa penghuni menceroboh kediaman kosong di PPRT itu, sebelum dijadikan sebagai unit sewa kepada warga asing.

“Operator haram terbabit masih menghuni di salah sebuah unit di PPRT ini dan meneruskan kegiatan di mana biasanya mereka mengenakan caj permulaan antara RM1,000 hingga RM2,000, selain sewa bulanan antara RM400 hingga RM600 kepada warga asing.

“Unit rumah yang diceroboh memang tidak dimiliki sesiapa atau ditinggalkan pemilik asal yang sudah berpindah dan warga asing terbabit tidak berdepan masalah kerana bekalan utiliti tidak dipotong kerana pembayaran dibuat seperti biasa.

“Jumlah keseluruhan pencerobohan dianggarkan lebih 70 unit di lapan blok PPRT ini dengan lebih 12,000 penghuni warga asing,” katanya.

Sementara itu, satu muat naik dalam laman sosial Facebook memaparkan isu membelenggu PPRT Lembah Subang 1 yang dikatakan dipenuhi warga asing sehingga menafikan hak rakyat tempatan yang layak menduduki kediaman transit di bawah pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ).

Susulan maklumat itu, BH turun padang dan hasil tinjauan mendapati di salah satu blok di PPRT terbabit saja, kira-kira 30 unit kediaman dihuni warga asing dengan majoriti unit diceroboh di tingkat 10 hingga 14.

Beberapa penduduk yang ditemui juga mengesahkan kehadiran warga asing terbabit membawa kepada isu sosial seperti kebersihan dan keselamatan penduduk setempat.

Berdasarkan maklumat, PPRT Lembah Subang 1 sebelum ini ditadbir MBPJ, namun sudah diserahkan semula pengurusannya kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1 Julai lalu.

Mengulas lanjut, sumber sama mempersoalkan kelemahan pentadbiran MPPJ yang tidak memantau kekosongan unit rumah di PPRT berkenaan serta tidak melakukan penguatkuasaan, menyebabkan isu berkenaan berlanjutan.

“Lebih 2,000 senarai menunggu untuk memasuki kediaman PPRT, kenapa perkara sebegini dibiarkan…laporan juga sudah dihantar kepada KPKT sejak beberapa tahun lalu termasuk tahun ini,” katanya.

Awal bulan ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin, ketika melawat PPRT Lembah Subang 1, berkata 3,004 unit kediaman itu akan dibangunkan semula tahun depan, dengan beberapa inisiatif diambil untuk menyelesaikan masalah sosial di kejiranan terbabit.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans