The Pocketrocketman beraksi hari ini cari kilauan emas – Channel W

The Pocketrocketman beraksi hari ini cari kilauan emas

Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocketrocketman akan tampil dalam separuh akhir pecut individu bersama seorang lagi pelumba Muhammad Shah Firdaus Sahrom bagi merebut kilauan emas hari ini.

Jika ia mampu bertahan, Malaysia tampak boleh menghantar dua pelumba di final petang esok.

Hanya acara pecut boleh menghadirkan pingat di velodrome hari ini ketika kebanyakan acara lain sudah melabuhkan tirainya.

Begitupun tumpuan juga terarah ke gelanggang hoki apabila Malaysia berdepan pasukan ranking kelima dunia, India pada saingan separuh akhir, petang esok.

Gara-gara gagal menumbangkan Pakistan dalam saingan Kumpulan B, anak-anak buah Stephen van Huizen berdepan laluan sukar bertemu India untuk layak ke final.

Bagaimanapun status selaku antara lima terbaik dunia bukanlah menjadi ukuran dengan skuad negara diharapkan mampu menumbangkan lawan yang hebat itu seterusnya memburu pingat emas dan sebagai bonus layak ke Olimpik 2020.

Tempoh 16 tahun sememangnya sangat lama untuk kembali melihat kuartet 4×100 meter negara kembali ke pentas tertinggi acara pecut berprestij Sukan Asia.

Ketika itu, gandingan Azmi Ibrahim, Nazmizan Muhammad, Mohd Zaiful Zainal Abidin dan Tan Kok Lim mara ke final untuk mencipta masa 41.20 saat di tempat kelapan.

Kini Khairul Hafiz Jantan yang pada 2002 mungkin baharu pandai berlari pada usia empat tahun akan cuba melakar catatan baharu olahraga negara.

Dia bersama gandingan Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa dan Muhammad Zulfiqar Ismail melakukan 39.57s untuk sekali lagi menempatkan diri dalam kalangan lapan terbaik Asia.

Walaupun dijangka tidak mampu menggugat jaguh Asia lain, kuartet muda negara itu ada misi untuk memadam rekod kebangsaa, 39.27s dicipta pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans