Kajian perlu dibuat terhadap tanaman selain getah dan kelapa sawit – Channel W

Kajian perlu dibuat terhadap tanaman selain getah dan kelapa sawit

Pelbagai kajian perlu dilakukan terhadap lebih banyak tanaman yang mampu memberi manfaat kepada negara selain kelapa sawit dan getah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia penting supaya lebih banyak produk dapat dihasilkan daripada sumber tanaman yang terdapat di negara ini.

“Getah dan kelapa sawit bukan berasal dari Malaysia. Getah dibawa dari Brazil manakala kelapa sawit dan Afrika Barat namun bagaimana tanaman ini dimanfaatkan memberi pulangan yang amat baik kepada negara.

“Sebab itu saya merasakan lebih banyak kajian perlu dilakukan ke atas lebih banyak tanaman supaya kita dapat menghasilkan produk yang mampu menjana pendapatan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa 2018 (IRGCE 2018) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Selasa.

Perasmian persidangan selama tiga hari bermula hari ini turut dihadiri Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low Jau Foo.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan terhadap tanaman getah sebagai contoh memberi manfaat kepada negara.

“Kita dahulu adalah pembekal getah terbesar di dunia namun tidak lagi sebaliknya hari ini kita sudah menjadi pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia.

“Sudah tentu getah memainkan peranan penting dalam mengehadkan jumlah kelahiran. Bayangkan dunia tanpa kondom, populasi dunia kini seramai lebih tujuh bilion mungkin bertambah kepada lebih 10 bilion,” katanya berseloroh.

Justeru, beliau berkata industri getah dijangka akan terus berkembang dengan kerjasama rapat kerajaan-swasta dalam meningkatkan lagi pertumbuhan industri itu.

“Kerajaan berjanji mengembalikan zaman kegemilangan dahulu di mana kerajaan dan swastabekerjasama dan disifatkan sebagai satu tonggak, satu syarikat yang besar sekali gus mampu menjana keuntungan besar kepada negara,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans