74,000 Penduduk Terjejas Gunung Berapi Mayon Kembali Meledak – Channel W

74,000 Penduduk Terjejas Gunung Berapi Mayon Kembali Meledak

Gunung berapi Mayon yang paling aktif di Filipina dikesan memuntahkan lava berwarna merah, kepulan asap dan abu pada Khamis.

Letusan terbaharu gunung berapi Mayon itu telah memberi kesan kepada 74,000 penduduk yang tinggal berhampiran lokasi di Albay, tenggara Luzon, Filipina.

Susulan itu, satu lagi tahap amaran berbahaya dikeluarkan sejak minggu lalu berikutan letusan yang boleh berlaku lagi.

Mayon yang aktif sejak minggu lalu mengeluarkan abu dan asap yang mencapai ketinggian kira-kira lima tiga meter ke udara.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pasukan keselamatan berusaha membantu para penduduk dan pelancong keluar dari zon berbahaya.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina meramalkan letusan gunung berapi Mayon boleh berlarutan sehingga dua ke empat bulan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Filipina sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga melibatkan aspek keselamatan penduduk.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans