Abam sertai Larian Merdeka 2018 – Channel W

Abam sertai Larian Merdeka 2018

Abam Bocey akan menyertai Larian Merdeka 2018 (Merdeka Night Run) pada 15 September ini.

Katanya ia bertujuan untuk mengejar azamnya untuk menurunkan berat badang sehingga menjadi 100 kilogram.

“Dalam masa empat bulan saya mengurangkan berat badan sebanyak 32 kilogram (kg). Berat saya sekarang 154kg dan berazam untuk menurunkan lagi berat sehingga menjadi 100kg.

“Sebelum berlari saya akan minta pandangan daripada jurulatih sama ada saya boleh berlari atau tidak kerana saya tidak mahu sebarang kecederaan pada lutut.

“Jika saya tak boleh berlari pun, saya akan berjalan dengan isteri untuk mengeluarkan peluh. Bukan saya nak menang tetapi sekadar untuk bersama rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan negara,” katanya.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, beritahu dia tidak bersenam di gimnasium, hanya mengamalkan diet seimbang, makan enam sekali sehari dalam bahagian yang kecil. Jika ada kelapangan dia akan bermain badminton dengan kawan-kawan.

“Dengan keadaan tubuh saya sekarang, saya tidak boleh terlalu lasak. Jadi saya hanya amalkan pemakanan seimbang. Nampaknya pelan pemakanan yang disediakan jurulatih saya itu berkesan menurunkan berat badan.

“Saya melakukan itu semua untuk menjaga kesihatan dan apabila sudah ‘ringan’, bolehlah saya lebih aktif bersukan,” katanya yang kini sibuk dengan program Superspontan Extravaganza 2018.

Larian Merdeka 2018 itu adalah anjuran Syarikat Oriental Businesslink Events & Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama Permodalan Guru Malaysia serta disokong oleh Kementerian Belia Dan Sukan.

Acara pada hari itu akan bermula seawal pukul 5 petang dengan pelbagai atur cara iaitu Flashmob / Pameran Kereta Vintage dan Motosikal Berkuasa Tinggi, Zumba, Persembahan Dram, Tarian Kebudayaan, Menyanyikan Lagu Patriotik, Serahan Jalur Gemilang dan acara kemuncak ialah Konsert Semarak Harapan (9 malam) serta pertunjukan bunga api.

Artis yang akan membuat persembahan iaitu Yasin Brothers, Datin Alyah, kumpulan XPDC, Sheeda Dangdut, kumpulan Kapilla dan Man Khan.

Katanya lagi ramai artis dan selebriti akan ‘berlari’ pada larian itu antaranya Tunku Anis, Ropi, Watie Elite, Joey, Beego, Keena Mentor, Alif AF, Nas Adilla, Siraj Alsagoff, Rizal Kilauan Mas, Nas Kilauan Mas dan Munir Phyne Ballers.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans