Ada yang masih taksub dengan BN-Tun M – Channel W

Ada yang masih taksub dengan BN-Tun M

Gaji segelintir pegawai kerajaan tidak dibayar kerana mereka disyaki masih taksub dengan kerajaan BN terdahulu.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, setiap menteri berhak mendapat pegawai tertentu bagi menguruskan perjalanan operasi dan pengurusan, namun proses itu tertakluk kepada beberapa perkara.

Katanya, ia termasuk penelitian sama ada pegawai berkenaan mempunyai komitmen untuk melaksanakan agenda pembangunan dan tidak taksub dengan pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Walaupun diluluskan oleh saya, tetapi mereka tidak dibayar gaji selama empat bulan kerana ada perkara tidak kena dengan pelantikan pegawai bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, selepas Kabinet membuat keputusan (mereka tidak taksub dengan kerajaan lama), gaji mereka dibayar.

“Dalam jentera pentadbiran ini, ada orang yang agak liat, tidak mahu terima pelantikan kerajaan baharu ini, sebaliknya masih terpengaruh dengan kerajaan lama, tak tahu mengapa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Jumaat.

Selepas penelitian, Dr Mahathir berkata, beberapa pegawai yang didapati masih ‘liat’ untuk membuang sifat taksub mereka terhadap kerajaan terdahulu terpaksa digugurkan.

Langkah itu, katanya, harus diambil bagi memastikan pentadbiran kerajaan dilaksanakan tanpa sebarang isu berbangkit pada masa depan.

“Ada yang kita terpaksa ubah perjawatan atau gugurkan,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans