Agong rasmi Pembukaan Parlimen ke-14 – Channel W

Agong rasmi Pembukaan Parlimen ke-14

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V tiba di bangunan Parlimen untuk merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Ke-14, Selasa.

Keberangkatan tiba baginda pada jam 10 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sultan Muhammad V menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Mohd Izham Mohd Rashidi yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Ia diikuti nyanyian lagu ‘Negaraku’ dimainkan oleh pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum tembakan meriam 21 das.

Baginda kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormat Utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Diraja yang diketuai Mohd Izham.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans