Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengarahkan sidang ditangguhkan selama 10 minit bagi memastikan bilangan korum mencukupi untuk menyambung sidang selepas Datuk Alexander Nanta Linggi Ahli Parlimen Kapit memetik Peraturan Mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said Ahli Parlimen Kuala Krau kemudian  secara berseloroh menyindir  penyokong kerajaan tentang kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak berpuas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

“Apalah… baru Perdana Menteri tegur semalam,” kata Datuk Seri Ismail Mohamed Said

Sidang Dewan Rakyat disambung semula kira-kira dua minit kemudian setelah kiraan yang dijalankan mendapati sebanyak 35 Ahli Parlimen hadir di dalam Sidang Dewan Rakyat.