Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada setiausaha persatuan tersebut pada 31 Mei lalu.

“Bagaimanapun, sehingga kini, suspek mendakwa akaun Facebook miliknya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Suspek kini ditahan reman sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.